Catatan

Hutan, Hutan, Hutan

Memang bukan resam kita menjadikan hutan sebagai kampung Ada masanya kehijauan hutan perlu untuk mata kita Waktu-waktu tertentu kita seperti benci pada hutan kerana di dalamnya ada beruk,ular dan babi hutan Mana tidaknya kalau berumah di pinggir hutan masalah besar bagi kita Ular sawa, monyet lapar, babi hutan akan bertamu Belum lagi bila tikus hutan masuk ke rumah kita nyamuk Malaria pasti ancaman utama belum lagi kalau hutan wujud paya nyamuk untot sudah tentu beranak pinak. Memang bukan resam kita membuat rumah di dalam hutan tapi bersuka ria waktu masuk hutan macam kata pepatah Rusa masuk kampung melihat Tongkat Ali nak buat ubat kuat belasah Kacip Fatimah, mana tau kot-kot boleh rapat. Memang bukan resam kita tidak mahu tidur di dalam hutan kerana gelap sejuk dan tiada tilam empok. Orang Jabatan Hutan mencari rezeki di dalam hutan Orang Asli mencari rotan tentu di situ Tapi kalau mendenak Ayam Hutan sampai tak ingat Bini Mencari Babi Hut...

Kisah Hari Raya

Penyimpan Mohor Raja-Raja akan umumkan bila nak Raya Sabtu? Ahad? Mana mungkin Isnin kita Raya! Sesak di mana-mana usah dicerita sebab kita nak Raya Pasar,Pasar Raya, Jalan Raya, Lebuh Raya Yang sepi hanya Balai Raya sebab hanya sibuk ketika musim pilihanraya. Kenapa semua orang suka nak Raya? Orang berpuasa sudah tentu nak beraya kerana itu hadiah Allah untuknya Orang tidak berpuasa (kecuali wanita uzur) suka nak raya sebab semasa bulan Ramadhan dia sudah "beraya!" Anak kecil suka beraya sebab dapat baju raya Di Hari Raya dapat duit raya Makan kueh raya tapi tak sempat nak bersalam raya Ada pula yang suka beraya sebab boleh baca doa di pusara di hari raya. Itulah kisah raya setahun sekali kita beraya kita berpuasa sebulan, sebulan juga kita beraya macam tak ada lagi ditahun depan Hari Raya Raya jangan tak raya kerana Bonda sedang sibuk membuat kueh raya nak makan bersama anak, menantu,cucu di pagi raya kekadang di pagi raya ayah kita terlupa nak pakai baju raya sebab dia ser...

Nak raya ke tak nak raya?

Nak kata tidak jadi raya habis bulan Ramadhan kita kena Raya 1 Syawal kita diharam berpuasa rajin nak puasa, puasalah hari raya kedua jikalau buat dapat pahala setahun lamanya siapa tidak mau buat tak ada yang nak paksa puasa qada wajib kena puasa tidak buat dah tentu berdosa. Nak kata tidak jadi raya hari ini sudah 12 hari kita berpuasa anak-anak seronok sedang tunggu duit raya jangan main mercun bagi tau dia kalau cedera di katil hospital dia beraya ayah dan emak dah susah hati nak sambut raya petrol naik tiba-tiba ayah emak kat kampung sudah risau tiba-tiba juga "kau balik tak raya ni, ayah taklah nak paksa" itu ucap ayahanda emak pula lain bicara "kau tak balik cucu mak nak raya dengan siapa?" Balik ke tak balik kena balik juga selagi ada ayah dan bonda mana tahu tahun depan bila mereka sudah tiada dah tentu kita beraya dan baca yasin atas pusara saja..........

Ramadan 1430

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua Ringkas cerita sudah masuk minggu kedua Di Pasar Ramadhan tidak tahu nak membeli apa Tersenyum lembut ketika disapa Oleh peniaga murtabak dan kueh cerita Balik ke rumah makan apa yang ada yang penting dapat juga berbuka puasa Orang kat Sudan entah berbuka tepung dan apa-apa. Ramadhan sudah memasuki fasa kedua Lagu Raya sudah berkumandang Kalendar dipandang Hendak ambil cuti atau tak dapat cuti Tidak dapat cuti menangis hampir mati Kerana di kampung sedang menanti Emak, ayah,tunang semuanya buah hati Balik tidak balik kena balik juga. Ramadhan sudah memasuki fasa kedua Balik naik kereta atau bas saja KTM pun boleh juga Kapal terbang lagi bergaya Naik feri lagi selesa yang pentingnya kena pergi servis kereta kalau tidak tersadai kat lebuh raya Ramadhan sudah memasuki fasa kedua berita terkini katanya ada bonus untuk kita buat berbelanja tapi jangan dok joli saja nanti habis raya mulut ternganga.....

Dia Masih Di Situ Lagi

Ketika melintas pinggir jalan itu Ku lihat seekor Ibu monyet sedang menyusukan anaknya Begitu syahdu begitu pilu Kerana terfikir oleh ku “Oh bahayanya dia jika ada motokar melanggar anak dan ibu monyet itu”. Sekali lagi tidak lama Aku melintasi tempat yang sama Seekor anak monyet tidak tahu kemana-mana Kerana “mamanya” telah tiada Anak monyet itu sedang mencari “mama” Di gigi rumput terlihat seekor ibu monyet tidak bernyawa Darahnya masih merah belum beku Matanya terbeliak dilanggar motokar yang lalu Anak monyet itu pastinya tiada lagi tempat menyusu……… Raai Osman PPnP UKM. 1 Ogos 2008

Mimpi nelayan

Indah mimpi diulik ombak Membayang nelayan meredah gelombang biar isteri diresah bimbang rezeki sesuap wajib ditunai kerana itu tuntutan insan biar badai biar gelobang biar maut di pesisir lautan biar terkorban di dasar lautan Ini rutin yang tidak kenal bimbang kerana rezeki harus ditimbang ikan, sotong dan udang akan menjadi santapan di gerai mahu pun di istana kayangan. Raai Osman 7 Jun 2008 Kuala Kemaman, Trengganu. Foto kenangan di Kuala Kemaman, Trengganu

Yatim

Antologi puisi ini merupakan usaha saya untuk mengumpulkan semua puisi-puisi yang pernah diterbitkan oleh media massa tempatan. Saya kerap menggunakan nama sebenar atau nama samaran ARAIMAN, SYAWAL.R Ketika Aku mengusap kepala anak itu terasa amat usapan itu seperti aku pernah merasainya dulu sewaktu jenazah ayah dikapan pilu ketika Ibu termanggu pilu menatap wajah ayah penuh syahdu aku menjadi anak yatim waktu itu. Raai Osman Fakulti Sains dan teknologi, UKM 22 Nov. 2005/20 Syawal 1426 (Senada Disember 2005)

Puisi:Mengerti Erti Dugaan

Dulu kata orang “ Jangan berumah di tepi pantai kalau takut bermain ombak” Kata orang muda, memadu kasih biar saksinya pantai ombak Akhirnya kami menjadi teman pada ombak Menjadi rakan pada pantai Hari itu ombak bukan lagi teman kami Ombak bukan lagi rakan kami Pantai bukan lagi saksi sepi Laut tidak lagi mengukir kasih buat kami Dulu kami tidak kenal warna Tsunami Entah merah,entah biru Dulu kami tidak tercium bau Tsunami Kerana kami tak pernah berkenalan dengan Tsunami Kami hanya tahu laut biru Pantai putih ombak berdesir Kami bermalam, berteduh, mencari rezeki Hanya di laut dan pantai Rakan kami tempat mencari rezeki Berehat menenang fikiran Memeterai janji Ombak itu bukan teman lagi Kerana sudah mengganas tak terperi Membunuh mangsa tak kenal simpati Dia tetap makhluk Illahi Datang sudah pasti Bagai kiamat yang kita tidak kenali Anak tercampak ke tepi Ibu terdampar sepi Ayah sakit tak terperi Sahabat kaku tanpa mengerti Lalu semua orang yang masih hidup mengerti kini Itulah Tsunami...

Puisi: Kembali membina warisan perkasa:

Semua insan terpaku kelu bila menatap berita “kiamat kecil berlaku bila Tsunami melanda” Ketika Jurufoto gagal mencapai kamera Merakam ombak mengila Anak tidak sempat memanggil papa Anak tidak sempat menyelamat bonda Cucu tidak sempat membantu ninda Insan tidak kuasa menyelamat harta. Andai kita mampu menyepi menatap berita Mereka melihat bencana dalam pilu Ayah terkapai-kapai dibawa arus Anak tercampak dari pelukan ibu Bonda terlepas anak sedang menyusu Penulis hilang ayat untuk ditulis Apa ayat harus diketip pada baik-baik bahasa Mencerita bencana, mencerita kisah hiba Menghebah cerita duka Di sini kita mengutip ayat Di sana mereka mengutip mayat Di sini kita melihat kisah menyayat Di sana mereka tidak dapat menyambung hayat Itulah kisah hidup dan hayat Bukan mudah mencerita hikayat Kerana kesan sedih sepanjang hayat. Jika kita mampu menahan hiba Melihat kisah mereka, mereka tidak rela menerima bencana Walaupun kalau tidak punya dosa Tapi terpaksa melihat kesan hiba Sambil membina se...

Terima kasih Ibu - 2

Terima kasih ibu, kerana mengizinkan aku menjadi menantu Mu, dalam sesingkat waktu, Aku memanggil Ibu. Setelah aku tak punya Ibu ketika menjadi piatu... Kau tetap Ibu walaupun tidak mengandungkan aku dan tidak menyusukan aku Terima kasih Ibu, kerana kau melahirkan untukKu, seorang kekasih, seorang teman karib juga seorang isteri untukKu. Kini menjadi ibu untuk anak-anakKu Terima kasih Ibu, Dalam pilu kau pergi. Walau sekelip cuma kami berbakti Itu ketentuan Ilahi. Kau Ibu MertuaKu, Yang telah mewarnai kehidupan ini. Dengan kerenah kami Kau pergi dalam pilu, anak-anak dan cucu-cucumu.......... A. Raai Osman Jalan Bakariah, Muar, Johor. 26 Disember 2004 **Disiarkan oleh SENADA, UKM; Januari 2005

Ramadhan Tiba Setelah Pergi

Subhanallah walhamdulillah walaila haillah…………..(Selawat Nabi) Sudah datang lagi Ramadhan!!! Ya, Ramadhan datang dengan kesyahduannya….amin. Sejukkah kali ini Ramadhan buat Mu? Atau panas kerana melupas dosa Mu…? Subhanallah walhamdulillah walailahaillah…(selawat)) Kalimah itu hadir lagi Kalimah itu bergema lagi Kalimah itu diucap lagi….. Subhanallah….. Ramadhan rupanya;Kau datang lagi Ku peluk Ramadhan itu malam tadi Umpama Rasullah memelukNya di kamar sepi. Allah huakbar…!Allah Maha Besar!! Menitis air mata ini… Rupanya Ramadhan ini kemari Mahu menyuci dosa yang terus berbaki Ketika mencari Lailatul Qadar Kita gembirakah? Kita hibakah? Kerana hadirMu setelah pergi? Setelah Dia hadir kita gembirakah? Setahun dulu kau diangkat oleh Illahi Sewaktu tibanya Aidil Fitri Kita bagai merasa tidak ketemu lagi….! Di malam akhirMu diri ini menangis hiba Kuatir tidak bersua lagi!! Kami tahu lagi mengerti Seribu bulan padaMu Ada seribu rahmat dariMU Kami akan sambut Kami akan peluk Ketika Ramadhan...

Katil Nombor Sepuluh

Imej
Sewaktu aku melepasi katil nombor sepuluh Seorang bayi kacil seusia empat bulan Sedang mengayuh Kaki montelnya tanpa pengasuh Dia tidak berpeluh Tapi aku bagai disuruh Untuk mengasuh Bayi kecil itu seperti menyuruh Mengangkat seolah-olah aku seorang pengasuh Ah....aku membiarkan dia di katil nombor sepuluh Pediatrik Satu kerana aku tahu pengasuhnya akan ke situ Mungkin Ibunya Atau ayahnya "Ah...", fikirku, mana mungkin dia tiada pengasuh? Sekelip cuma aku berlalu Aku kembali dan kulihat dua Jururawat bermain kaki bayi kecil itu "Mana Ibunya?" sapaKu "Tiada", jawab Jururawat itu "Ah...", fikirku mana mungkin dia tiada pengasuh? Betul, dia anak yatim ditinggalkan ibunya Sedang dihurung serangga Ketika Bilal Masjid terjumpa Di tepi tangga Waktu Bilal tiba Untuk mengazankan Subuh hari pagi Selasa "Ah...", fikirku mana mungkin dia tiada pengasuh? Sampai hati Ibu nitu Sampai hati ayah itu. Yatimkah bayi itu Bayi itu merenung sayu Menagih kas...

Antologi Puisi

Pengenalan: Antologi puisi ini merupakan usaha saya untuk mengumpulkan semua puisi-puisi yang pernah diterbitkan oleh media massa tempatan. Saya kerap menggunakan nama sebenar atau nama samaran ARAIMAN, SYAWAL.R Doa untuk ayah di Aidil Fitri Tiada lagi kucupan ditangan ayah dan hanyalah siraman air mawar di pusara bersama doa untuk kebahagian mu. Pagi hening bersama takbir hati sedu; di saf solat Hari Raya tiada wajah ayah bersama menyujud memuji keesaan Illahi. Air mata ini telah kering dan kini hanya keringat yang ada untuk berbakti hanya pada bonda dan bagi mengucup terus tangan bonda di pagi Aidilfitri............ - 9 Ramadhan 1401. Batu Caves KL. WATAN 24 Julai 1981 Seorang Perempuan Tua Dan datanglah padaku perempuan tua seorang ibu; menyapa lalu bertanya dengan merayu. Anak nampak dia? berlalu di sini seorang dara membawa sebuah bungkusan, berisi pakaian; entah kemana menghilang. Dia anak ibu, seorang dara; kulit hitam manis, rambut hingga ke bahu bertahi lalat di pinggir bibir ...