Masa bagi kami bukan bersuka ria, Kami hadir sekadar menggamit nostalgia, Berjabat salam tanda rindu adanya, Bertegur sapa ada kala terlupa nama, Kami dulu hebat dan muda-muda belaka, Kini ada yang datang bertongkat dan berkerusi roda, Inilah kami yang dulu membangunkan universiti tercinta, Jika kami pergi kelak hanya bakti yang dibawa, Jangan lupa memahatkan nama kami dalam hati anda. Raai Osman, Bangi 11 Mei 2023.
Teman kau pasti sedang ceria Kerana dalam hati terpancar cahaya bahagia. Memang harus jangan gundah Kerana bumi ini amat indah Jangan diajak pada yang gelisah Usah difikir perkara susah Kepada Allah kita berserah Ajaran Rasullah amatlah indah Esok kita melihat sejarah Hari ini kita sedang mencipta sejarah Aku? Sedang pasrah Izinkan ku melangkah Esok aku tidak tahu madu atau DARAH. Teras Jernang 29 Safar 1437H 29 November 2016