Kisah Hari Raya

Penyimpan Mohor Raja-Raja akan umumkan bila nak Raya
Sabtu? Ahad? Mana mungkin Isnin kita Raya!
Sesak di mana-mana usah dicerita sebab kita nak Raya
Pasar,Pasar Raya, Jalan Raya, Lebuh Raya
Yang sepi hanya Balai Raya
sebab hanya sibuk ketika musim pilihanraya.

Kenapa semua orang suka nak Raya?
Orang berpuasa sudah tentu nak beraya
kerana itu hadiah Allah untuknya
Orang tidak berpuasa (kecuali wanita uzur) suka nak raya
sebab semasa bulan Ramadhan dia sudah "beraya!"
Anak kecil suka beraya sebab dapat baju raya
Di Hari Raya dapat duit raya
Makan kueh raya tapi tak sempat nak bersalam raya
Ada pula yang suka beraya
sebab boleh baca doa di pusara di hari raya.

Itulah kisah raya
setahun sekali kita beraya
kita berpuasa sebulan, sebulan juga kita beraya
macam tak ada lagi ditahun depan Hari Raya
Raya jangan tak raya
kerana Bonda sedang sibuk membuat kueh raya
nak makan bersama anak, menantu,cucu di pagi raya
kekadang di pagi raya
ayah kita terlupa nak pakai baju raya
sebab dia seronok anak cucu balik beraya
ayam, itik (lembu dan kerbau tunggu Raya Korban) habis kena jadi lauk Raya

Bila semua balik Kota Raya
hanya tinggal nostalgia Raya
dan kalau boleh setahun beraya
cuma wang sahaja tak cukup untuk beraya
simpan dalm tabung untuk diguna selepas raya
sebab setiap tahun kita boleh raya.........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Telekung Ini

Nak raya ke tak nak raya?

Ramadhan Tiba Setelah Pergi