Ramadan 1430

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Ringkas cerita sudah masuk minggu kedua
Di Pasar Ramadhan tidak tahu nak membeli apa
Tersenyum lembut ketika disapa
Oleh peniaga murtabak dan kueh cerita
Balik ke rumah makan apa yang ada
yang penting dapat juga berbuka puasa
Orang kat Sudan entah berbuka tepung dan apa-apa.

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Lagu Raya sudah berkumandang
Kalendar dipandang
Hendak ambil cuti atau tak dapat cuti
Tidak dapat cuti menangis hampir mati
Kerana di kampung sedang menanti
Emak, ayah,tunang semuanya buah hati
Balik tidak balik kena balik juga.

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Balik naik kereta atau bas saja
KTM pun boleh juga
Kapal terbang lagi bergaya
Naik feri lagi selesa
yang pentingnya kena pergi servis kereta
kalau tidak tersadai kat lebuh raya

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
berita terkini katanya ada bonus untuk kita
buat berbelanja tapi jangan dok joli saja
nanti habis raya mulut ternganga.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Telekung Ini

Nak raya ke tak nak raya?

Ramadhan Tiba Setelah Pergi