Katil Nombor Sepuluh

Sewaktu aku melepasi katil nombor sepuluh
Seorang bayi kacil seusia empat bulan
Sedang mengayuh
Kaki montelnya tanpa pengasuh
Dia tidak berpeluh
Tapi aku bagai disuruh
Untuk mengasuh
Bayi kecil itu seperti menyuruh
Mengangkat seolah-olah aku seorang pengasuh

Ah....aku membiarkan dia di katil nombor sepuluh
Pediatrik Satu kerana aku tahu pengasuhnya akan ke situ
Mungkin Ibunya
Atau ayahnya
"Ah...", fikirku, mana mungkin dia tiada pengasuh?

Sekelip cuma aku berlalu
Aku kembali dan kulihat dua Jururawat bermain kaki bayi kecil itu
"Mana Ibunya?" sapaKu
"Tiada", jawab Jururawat itu
"Ah...", fikirku mana mungkin dia tiada pengasuh?

Betul, dia anak yatim ditinggalkan ibunya
Sedang dihurung serangga Ketika Bilal Masjid terjumpa
Di tepi tangga
Waktu Bilal tiba
Untuk mengazankan Subuh hari pagi Selasa

"Ah...", fikirku mana mungkin dia tiada pengasuh?
Sampai hati Ibu nitu
Sampai hati ayah itu.
Yatimkah bayi itu
Bayi itu merenung sayu
Menagih kasih seorang Jururawat
yang juga seorang Ibu...........

Nukilan: Abd. Raai Osman 29 Mei 2004
di Pediatrik Satu, HUKM

Nota: Puisi ini saya hasilkan setelah satu peristiwa benar di HUKM (kini Pusat Perubatan UKM)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Telekung Ini

Nak raya ke tak nak raya?

Ramadhan Tiba Setelah Pergi