Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Kisah Hari Raya

Penyimpan Mohor Raja-Raja akan umumkan bila nak Raya Sabtu? Ahad? Mana mungkin Isnin kita Raya! Sesak di mana-mana usah dicerita sebab kita nak Raya Pasar,Pasar Raya, Jalan Raya, Lebuh Raya Yang sepi hanya Balai Raya sebab hanya sibuk ketika musim pilihanraya. Kenapa semua orang suka nak Raya? Orang berpuasa sudah tentu nak beraya kerana itu hadiah Allah untuknya Orang tidak berpuasa (kecuali wanita uzur) suka nak raya sebab semasa bulan Ramadhan dia sudah "beraya!" Anak kecil suka beraya sebab dapat baju raya Di Hari Raya dapat duit raya Makan kueh raya tapi tak sempat nak bersalam raya Ada pula yang suka beraya sebab boleh baca doa di pusara di hari raya. Itulah kisah raya setahun sekali kita beraya kita berpuasa sebulan, sebulan juga kita beraya macam tak ada lagi ditahun depan Hari Raya Raya jangan tak raya kerana Bonda sedang sibuk membuat kueh raya nak makan bersama anak, menantu,cucu di pagi raya kekadang di pagi raya ayah kita terlupa nak pakai baju raya sebab dia ser

Nak raya ke tak nak raya?

Nak kata tidak jadi raya habis bulan Ramadhan kita kena Raya 1 Syawal kita diharam berpuasa rajin nak puasa, puasalah hari raya kedua jikalau buat dapat pahala setahun lamanya siapa tidak mau buat tak ada yang nak paksa puasa qada wajib kena puasa tidak buat dah tentu berdosa. Nak kata tidak jadi raya hari ini sudah 12 hari kita berpuasa anak-anak seronok sedang tunggu duit raya jangan main mercun bagi tau dia kalau cedera di katil hospital dia beraya ayah dan emak dah susah hati nak sambut raya petrol naik tiba-tiba ayah emak kat kampung sudah risau tiba-tiba juga "kau balik tak raya ni, ayah taklah nak paksa" itu ucap ayahanda emak pula lain bicara "kau tak balik cucu mak nak raya dengan siapa?" Balik ke tak balik kena balik juga selagi ada ayah dan bonda mana tahu tahun depan bila mereka sudah tiada dah tentu kita beraya dan baca yasin atas pusara saja..........

Ramadan 1430

Ramadhan sudah memasuki fasa kedua Ringkas cerita sudah masuk minggu kedua Di Pasar Ramadhan tidak tahu nak membeli apa Tersenyum lembut ketika disapa Oleh peniaga murtabak dan kueh cerita Balik ke rumah makan apa yang ada yang penting dapat juga berbuka puasa Orang kat Sudan entah berbuka tepung dan apa-apa. Ramadhan sudah memasuki fasa kedua Lagu Raya sudah berkumandang Kalendar dipandang Hendak ambil cuti atau tak dapat cuti Tidak dapat cuti menangis hampir mati Kerana di kampung sedang menanti Emak, ayah,tunang semuanya buah hati Balik tidak balik kena balik juga. Ramadhan sudah memasuki fasa kedua Balik naik kereta atau bas saja KTM pun boleh juga Kapal terbang lagi bergaya Naik feri lagi selesa yang pentingnya kena pergi servis kereta kalau tidak tersadai kat lebuh raya Ramadhan sudah memasuki fasa kedua berita terkini katanya ada bonus untuk kita buat berbelanja tapi jangan dok joli saja nanti habis raya mulut ternganga.....