Penyimpan Mohor Raja-Raja akan umumkan bila nak Raya
Sabtu? Ahad? Mana mungkin Isnin kita Raya!
Sesak di mana-mana usah dicerita sebab kita nak Raya
Pasar,Pasar Raya, Jalan Raya, Lebuh Raya
Yang sepi hanya Balai Raya
sebab hanya sibuk ketika musim pilihanraya.
Kenapa semua orang suka nak Raya?
Orang berpuasa sudah tentu nak beraya
kerana itu hadiah Allah untuknya
Orang tidak berpuasa (kecuali wanita uzur) suka nak raya
sebab semasa bulan Ramadhan dia sudah "beraya!"
Anak kecil suka beraya sebab dapat baju raya
Di Hari Raya dapat duit raya
Makan kueh raya tapi tak sempat nak bersalam raya
Ada pula yang suka beraya
sebab boleh baca doa di pusara di hari raya.
Itulah kisah raya
setahun sekali kita beraya
kita berpuasa sebulan, sebulan juga kita beraya
macam tak ada lagi ditahun depan Hari Raya
Raya jangan tak raya
kerana Bonda sedang sibuk membuat kueh raya
nak makan bersama anak, menantu,cucu di pagi raya
kekadang di pagi raya
ayah kita terlupa nak pakai baju raya
sebab dia seronok anak cucu balik beraya
ayam, itik (lembu dan kerbau tunggu Raya Korban) habis kena jadi lauk Raya
Bila semua balik Kota Raya
hanya tinggal nostalgia Raya
dan kalau boleh setahun beraya
cuma wang sahaja tak cukup untuk beraya
simpan dalm tabung untuk diguna selepas raya
sebab setiap tahun kita boleh raya.........
Selasa, September 08, 2009
Rabu, September 02, 2009
Nak raya ke tak nak raya?
Nak kata tidak jadi raya
habis bulan Ramadhan kita kena Raya
1 Syawal kita diharam berpuasa
rajin nak puasa, puasalah hari raya kedua
jikalau buat dapat pahala setahun lamanya
siapa tidak mau buat tak ada yang nak paksa
puasa qada wajib kena puasa
tidak buat dah tentu berdosa.
Nak kata tidak jadi raya
hari ini sudah 12 hari kita berpuasa
anak-anak seronok sedang tunggu duit raya
jangan main mercun bagi tau dia
kalau cedera di katil hospital dia beraya
ayah dan emak dah susah hati nak sambut raya
petrol naik tiba-tiba
ayah emak kat kampung sudah risau tiba-tiba juga
"kau balik tak raya ni, ayah taklah nak paksa"
itu ucap ayahanda
emak pula lain bicara
"kau tak balik cucu mak nak raya dengan siapa?"
Balik ke tak balik kena balik juga
selagi ada ayah dan bonda
mana tahu tahun depan bila mereka sudah tiada
dah tentu kita beraya dan baca yasin atas pusara saja..........
habis bulan Ramadhan kita kena Raya
1 Syawal kita diharam berpuasa
rajin nak puasa, puasalah hari raya kedua
jikalau buat dapat pahala setahun lamanya
siapa tidak mau buat tak ada yang nak paksa
puasa qada wajib kena puasa
tidak buat dah tentu berdosa.
Nak kata tidak jadi raya
hari ini sudah 12 hari kita berpuasa
anak-anak seronok sedang tunggu duit raya
jangan main mercun bagi tau dia
kalau cedera di katil hospital dia beraya
ayah dan emak dah susah hati nak sambut raya
petrol naik tiba-tiba
ayah emak kat kampung sudah risau tiba-tiba juga
"kau balik tak raya ni, ayah taklah nak paksa"
itu ucap ayahanda
emak pula lain bicara
"kau tak balik cucu mak nak raya dengan siapa?"
Balik ke tak balik kena balik juga
selagi ada ayah dan bonda
mana tahu tahun depan bila mereka sudah tiada
dah tentu kita beraya dan baca yasin atas pusara saja..........
Ramadan 1430
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Ringkas cerita sudah masuk minggu kedua
Di Pasar Ramadhan tidak tahu nak membeli apa
Tersenyum lembut ketika disapa
Oleh peniaga murtabak dan kueh cerita
Balik ke rumah makan apa yang ada
yang penting dapat juga berbuka puasa
Orang kat Sudan entah berbuka tepung dan apa-apa.
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Lagu Raya sudah berkumandang
Kalendar dipandang
Hendak ambil cuti atau tak dapat cuti
Tidak dapat cuti menangis hampir mati
Kerana di kampung sedang menanti
Emak, ayah,tunang semuanya buah hati
Balik tidak balik kena balik juga.
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Balik naik kereta atau bas saja
KTM pun boleh juga
Kapal terbang lagi bergaya
Naik feri lagi selesa
yang pentingnya kena pergi servis kereta
kalau tidak tersadai kat lebuh raya
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
berita terkini katanya ada bonus untuk kita
buat berbelanja tapi jangan dok joli saja
nanti habis raya mulut ternganga.....
Ringkas cerita sudah masuk minggu kedua
Di Pasar Ramadhan tidak tahu nak membeli apa
Tersenyum lembut ketika disapa
Oleh peniaga murtabak dan kueh cerita
Balik ke rumah makan apa yang ada
yang penting dapat juga berbuka puasa
Orang kat Sudan entah berbuka tepung dan apa-apa.
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Lagu Raya sudah berkumandang
Kalendar dipandang
Hendak ambil cuti atau tak dapat cuti
Tidak dapat cuti menangis hampir mati
Kerana di kampung sedang menanti
Emak, ayah,tunang semuanya buah hati
Balik tidak balik kena balik juga.
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
Balik naik kereta atau bas saja
KTM pun boleh juga
Kapal terbang lagi bergaya
Naik feri lagi selesa
yang pentingnya kena pergi servis kereta
kalau tidak tersadai kat lebuh raya
Ramadhan sudah memasuki fasa kedua
berita terkini katanya ada bonus untuk kita
buat berbelanja tapi jangan dok joli saja
nanti habis raya mulut ternganga.....
Langgan:
Catatan (Atom)