Catatan

Tunjukkan catatan dari 2004

Katil Nombor Sepuluh

Imej
Sewaktu aku melepasi katil nombor sepuluh Seorang bayi kacil seusia empat bulan Sedang mengayuh Kaki montelnya tanpa pengasuh Dia tidak berpeluh Tapi aku bagai disuruh Untuk mengasuh Bayi kecil itu seperti menyuruh Mengangkat seolah-olah aku seorang pengasuh Ah....aku membiarkan dia di katil nombor sepuluh Pediatrik Satu kerana aku tahu pengasuhnya akan ke situ Mungkin Ibunya Atau ayahnya "Ah...", fikirku, mana mungkin dia tiada pengasuh? Sekelip cuma aku berlalu Aku kembali dan kulihat dua Jururawat bermain kaki bayi kecil itu "Mana Ibunya?" sapaKu "Tiada", jawab Jururawat itu "Ah...", fikirku mana mungkin dia tiada pengasuh? Betul, dia anak yatim ditinggalkan ibunya Sedang dihurung serangga Ketika Bilal Masjid terjumpa Di tepi tangga Waktu Bilal tiba Untuk mengazankan Subuh hari pagi Selasa "Ah...", fikirku mana mungkin dia tiada pengasuh? Sampai hati Ibu nitu Sampai hati ayah itu. Yatimkah bayi itu Bayi itu merenung sayu Menagih kas

Antologi Puisi

Pengenalan: Antologi puisi ini merupakan usaha saya untuk mengumpulkan semua puisi-puisi yang pernah diterbitkan oleh media massa tempatan. Saya kerap menggunakan nama sebenar atau nama samaran ARAIMAN, SYAWAL.R Doa untuk ayah di Aidil Fitri Tiada lagi kucupan ditangan ayah dan hanyalah siraman air mawar di pusara bersama doa untuk kebahagian mu. Pagi hening bersama takbir hati sedu; di saf solat Hari Raya tiada wajah ayah bersama menyujud memuji keesaan Illahi. Air mata ini telah kering dan kini hanya keringat yang ada untuk berbakti hanya pada bonda dan bagi mengucup terus tangan bonda di pagi Aidilfitri............ - 9 Ramadhan 1401. Batu Caves KL. WATAN 24 Julai 1981 Seorang Perempuan Tua Dan datanglah padaku perempuan tua seorang ibu; menyapa lalu bertanya dengan merayu. Anak nampak dia? berlalu di sini seorang dara membawa sebuah bungkusan, berisi pakaian; entah kemana menghilang. Dia anak ibu, seorang dara; kulit hitam manis, rambut hingga ke bahu bertahi lalat di pinggir bibir