Monolog seorang pesakit

Ku lihat seorang isteri memberi suami meneguk air di katil  sebelah.
Malamnya tidur terganggu kerana mengerang kesakitan
Dia bangun membantu suami tanpa helah.
Taat isteri tanpa berbelah.
Hatiku berbisik, syurga menunggu sudah

Seorang anak lelaki tidur dilantai dan ayah dikatil
Putaran dulu ayahnya menjaga ketika kecil.
Bisikku kau bertuah punya ayah yang  jaga sejak kecil.
Pastinya itu syurgamu

Aku monolog di katil sebelah sambil menahan sakit
Agar ada dosa terkeluar dengan Astagfirullah.
Sakit ini ujian Allah.
Sakaratulmaut lebihlah pedih.
Aku berkata dunia akan kehilanganku
Mungkin aku akan kehilangan dunia.

Katil 21 Wad 5D HCTM (PPUKM)
13 Syawal 1437 | 18 Jul 2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Telekung Ini

Nak raya ke tak nak raya?

Pesan Bonda