Teman kau pasti sedang ceria
Kerana dalam hati terpancar cahaya bahagia.
Memang harus jangan gundah
Kerana bumi ini amat indah
Jangan diajak pada yang gelisah
Usah difikir perkara susah
Kepada Allah kita berserah
Ajaran Rasullah amatlah indah
Esok kita melihat sejarah
Hari ini kita sedang mencipta sejarah
Aku? Sedang pasrah
Izinkan ku melangkah
Esok aku tidak tahu madu atau DARAH.
Katil 11 Wad 5D HCTM.
30 Safar 1437H
30 November 2016
Rabu, November 30, 2016
Rabu, Julai 20, 2016
Monolog seorang pesakit
Ku lihat seorang isteri memberi suami meneguk air di katil sebelah.
Malamnya tidur terganggu kerana mengerang kesakitan
Dia bangun membantu suami tanpa helah.
Taat isteri tanpa berbelah.
Hatiku berbisik, syurga menunggu sudah
Seorang anak lelaki tidur dilantai dan ayah dikatil
Putaran dulu ayahnya menjaga ketika kecil.
Bisikku kau bertuah punya ayah yang jaga sejak kecil.
Pastinya itu syurgamu
Aku monolog di katil sebelah sambil menahan sakit
Agar ada dosa terkeluar dengan Astagfirullah.
Sakit ini ujian Allah.
Sakaratulmaut lebihlah pedih.
Aku berkata dunia akan kehilanganku
Mungkin aku akan kehilangan dunia.
Katil 21 Wad 5D HCTM (PPUKM)
13 Syawal 1437 | 18 Jul 2016

Langgan:
Catatan (Atom)