Ketika kita mula bersekolah suatu masa dulu
Kita kenal Cikgu yang juga kita sebut Guru
Menariknya Cikgu setiap hari berbaju baru
Kita sebagai murid hanya berbaju putih berseluar biru
murid perempuan tak dibenar pakai gincu
Cikgu pergi sekolah bawa buku, kita juga membawa buku,
Tapi Cikgu guna pen kita hanya pakai pensil yang tumpul selalu.
Cikgu mengajar ilmu yang kita tak tahu
Kalau ilmu itu kita dah tahu tak payah ke sekolah selalu
itulah jasa Cikgu yang kekadang kita serbu
Mana tahu kalau buat salah tidak kena berdiri di atas bangku.
Cikgu macam Tok Penghulu,
Bila dah pencen masih disebut Cikgu
Kalau bertemu mesti rasa segan silu
Kerana kita tahu dia tahu perangai kita dulu
Ada conteng kereta Cikgu
ada pancitkan roda motosikal Cikgu,
kesian dia balik naik teksi Uncle Muttu
Mujur bila dewasa dapat jumpa Cikgu
Sempat minta maaf dosa yang lalu.
Tapi Cikgu tahu dia bukan nak kita jadi Hantu
Tetapi mahu jadikan kita insan berilmu.
Bangi, 17 Mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan