Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Selamat Pagi Cikgu

Ketika kita mula bersekolah suatu masa dulu Kita kenal Cikgu yang juga kita sebut Guru Menariknya Cikgu setiap hari berbaju baru Kita sebagai murid hanya berbaju putih berseluar biru murid perempuan tak dibenar pakai gincu Cikgu pergi sekolah bawa buku, kita juga membawa buku, Tapi Cikgu guna pen kita hanya pakai pensil yang tumpul selalu. Cikgu mengajar ilmu yang kita tak tahu Kalau ilmu itu kita dah tahu tak payah ke sekolah selalu itulah jasa Cikgu yang kekadang kita serbu Mana tahu kalau buat salah tidak kena berdiri di atas bangku. Cikgu macam Tok Penghulu, Bila dah pencen masih disebut Cikgu Kalau bertemu mesti rasa segan silu Kerana kita tahu dia tahu perangai kita dulu Ada conteng kereta Cikgu ada pancitkan roda motosikal Cikgu, kesian dia balik naik teksi Uncle Muttu Mujur bila dewasa dapat jumpa Cikgu Sempat minta maaf dosa yang lalu. Tapi Cikgu tahu dia bukan nak kita jadi Hantu Tetapi mahu jadikan kita insan berilmu. Bangi, 1

Pesan Bonda

Kata Ibu, nak berbicara biar pada tempatnya Kalau mahu berperangai biar kena budayanya. Andai busuk namamu, busuk juga nama Bonda, andai buruk perangaimu buruk kelak nama ayahanda. Jangan diambil harta orang walaupun anakanda sukakannya Minta kalau diberi jangan mencuri itu berdosa kata Bonda. Mencari gaduh usahlah wahai anakanda, Jikalau menang tetap kau akan dipenjara jikalau kau kalah akan mengalir air mata Bonda. Pesan Ibu lagi, Kau cantik macam pelangi Kalau anakanda hilang sukar dicari ganti. - Bangi, 16 Mei 2011