Catatan

Telekung Ini

Imej
 Telekung Ini: Sumber: Google Telekung ini tersidai sepi, Ku bangun di dini hari Ia sepi tanpa penghuni. Telekung ini tersidai sepi, Penggunanya jauh di sebuah ruang Dia yang kerap mengingatkan waktu sembahyang. Telekung ini tersidai sepi, Mengingatkan aku waktu solat, Warna putihnya hampir sama kain ikhram Ketika kami sering bersolat di Al Haram Setelah selesai solat  Dan bersalam Sambil burung merpati Mamatuk makanan. Telekung ini tersidai sepi, Bagai menanti kami di Jannah.

Kami Di Hujung Zaman

Imej
  Masa bagi kami bukan bersuka ria, Kami hadir sekadar menggamit nostalgia, Berjabat salam tanda rindu adanya, Bertegur sapa ada kala terlupa nama, Kami dulu hebat dan muda-muda belaka, Kini ada yang datang bertongkat dan berkerusi roda, Inilah kami yang dulu membangunkan universiti tercinta, Jika kami pergi kelak hanya bakti yang dibawa, Jangan lupa memahatkan nama kami dalam hati anda. Raai Osman, Bangi 11 Mei 2023.

Sedang Pasrah

Teman kau pasti sedang ceria Kerana dalam hati terpancar cahaya bahagia. Memang harus jangan gundah Kerana bumi ini amat indah Jangan diajak pada yang gelisah Usah difikir perkara susah Kepada Allah kita berserah Ajaran Rasullah amatlah indah Esok kita melihat sejarah Hari ini kita sedang mencipta sejarah Aku? Sedang pasrah Izinkan ku melangkah Esok aku tidak tahu madu atau DARAH. Teras Jernang 29 Safar 1437H 29 November 2016

Madu atau Darah?

Teman kau pasti sedang ceria Kerana dalam hati terpancar cahaya bahagia. Memang harus jangan gundah Kerana bumi ini amat indah Jangan diajak pada yang gelisah Usah difikir perkara susah Kepada Allah kita berserah Ajaran Rasullah amatlah indah Esok kita melihat sejarah Hari ini kita sedang mencipta sejarah Aku? Sedang pasrah Izinkan ku melangkah Esok aku tidak tahu madu atau DARAH. Katil 11 Wad 5D HCTM. 30 Safar 1437H 30 November 2016

Monolog seorang pesakit

Ku lihat seorang isteri memberi suami meneguk air di katil  sebelah. Malamnya tidur terganggu kerana mengerang kesakitan Dia bangun membantu suami tanpa helah. Taat isteri tanpa berbelah. Hatiku berbisik, syurga menunggu sudah Seorang anak lelaki tidur dilantai dan ayah dikatil Putaran dulu ayahnya menjaga ketika kecil. Bisikku kau bertuah punya ayah yang  jaga sejak kecil. Pastinya itu syurgamu Aku monolog di katil sebelah sambil menahan sakit Agar ada dosa terkeluar dengan Astagfirullah. Sakit ini ujian Allah. Sakaratulmaut lebihlah pedih. Aku berkata dunia akan kehilanganku Mungkin aku akan kehilangan dunia. Katil 21 Wad 5D HCTM (PPUKM) 13 Syawal 1437 | 18 Jul 2016

Air mata

Ketika kau dilahir percikkan air gembira daripada ayah dan ibu. Ketika kau dijemput Ilahi air pilu mengiringi pemergian rohmu. Desa Sentosa, 9 Ramadan 1436

Nikmat hidup

Betapa nikmatnya kamu yang berpuasa, Tidak makan dan tidak minum tapi masih selesa. Jangan niat meninggalkan puasa Kerana Rahmat itu untuk anda Ingatlah Rahmat berpuasa tiada untuk hamba ... Jangan lupa sujud dan bersolat untukNya. Kerana anda rukoq dan sujud tidak seperti saya. Rukoq dan sujud saya hanya dengan isyarat. Ini bahagian saya menikmati sakit tidak seberapa. Kerana Sakaratul Maut sakit tak terkira Kerana Rasullullah merasai juga Wad 5D Pusat Perubatan Tuanku Muhkriz 21 Jun 2015/4 Ramadan

Ku pintal kenangan silam

Ketika ku pintal kenangan silam Banyak ku lihat kisah yang beragam, Tidak sempat ku pungut Dari setiap sudut Ada gerak dan ada harapan. ... Di mana di sisi Allah Setiap kita lupa Allah tetap jaga Setiap kita lemah Allah gagah. Setiap kita alpa Allah tetap pemurah. Ramadan menjelma lagi Tapi ada insan di sisi Katil ketika Imsak pergi Ada insan insaf di sejadah ini Benarlah, tidak semua yang diberi rahmat Ketika Ramadan hadir di sudut rahmat. Katil 22 W5D HUKM 17 Jun 2015/30 Syaban 1436H 

Selamat Pagi Cikgu

Ketika kita mula bersekolah suatu masa dulu Kita kenal Cikgu yang juga kita sebut Guru Menariknya Cikgu setiap hari berbaju baru Kita sebagai murid hanya berbaju putih berseluar biru murid perempuan tak dibenar pakai gincu Cikgu pergi sekolah bawa buku, kita juga membawa buku, Tapi Cikgu guna pen kita hanya pakai pensil yang tumpul selalu. Cikgu mengajar ilmu yang kita tak tahu Kalau ilmu itu kita dah tahu tak payah ke sekolah selalu itulah jasa Cikgu yang kekadang kita serbu Mana tahu kalau buat salah tidak kena berdiri di atas bangku. Cikgu macam Tok Penghulu, Bila dah pencen masih disebut Cikgu Kalau bertemu mesti rasa segan silu Kerana kita tahu dia tahu perangai kita dulu Ada conteng kereta Cikgu ada pancitkan roda motosikal Cikgu, kesian dia balik naik teksi Uncle Muttu Mujur bila dewasa dapat jumpa Cikgu Sempat minta maaf dosa yang lalu. Tapi Cikgu tahu dia bukan nak kita jadi Hantu Tetapi mahu jadikan kita insan berilmu. Bangi, 1

Pesan Bonda

Kata Ibu, nak berbicara biar pada tempatnya Kalau mahu berperangai biar kena budayanya. Andai busuk namamu, busuk juga nama Bonda, andai buruk perangaimu buruk kelak nama ayahanda. Jangan diambil harta orang walaupun anakanda sukakannya Minta kalau diberi jangan mencuri itu berdosa kata Bonda. Mencari gaduh usahlah wahai anakanda, Jikalau menang tetap kau akan dipenjara jikalau kau kalah akan mengalir air mata Bonda. Pesan Ibu lagi, Kau cantik macam pelangi Kalau anakanda hilang sukar dicari ganti. - Bangi, 16 Mei 2011