Halaman

Selasa, Julai 07, 2015

Air mata


Ketika kau dilahir percikkan air gembira daripada ayah dan ibu.
Ketika kau dijemput Ilahi air pilu mengiringi pemergian rohmu.


Desa Sentosa, 9 Ramadan 1436

Nikmat hidup

Betapa nikmatnya kamu yang berpuasa,
Tidak makan dan tidak minum tapi masih selesa.
Jangan niat meninggalkan puasa
Kerana Rahmat itu untuk anda
Ingatlah Rahmat berpuasa tiada untuk hamba
...
Jangan lupa sujud dan bersolat untukNya.
Kerana anda rukoq dan sujud tidak seperti saya.
Rukoq dan sujud saya hanya dengan isyarat.
Ini bahagian saya menikmati sakit tidak seberapa.
Kerana Sakaratul Maut sakit tak terkira
Kerana Rasullullah merasai juga




Wad 5D Pusat Perubatan Tuanku Muhkriz
21 Jun 2015/4 Ramadan

Ahad, Jun 28, 2015

Ku pintal kenangan silam

Ketika ku pintal kenangan silam
Banyak ku lihat kisah yang beragam,
Tidak sempat ku pungut
Dari setiap sudut
Ada gerak dan ada harapan.
...
Di mana di sisi Allah
Setiap kita lupa
Allah tetap jaga
Setiap kita lemah
Allah gagah.
Setiap kita alpa
Allah tetap pemurah.
Ramadan menjelma lagi
Tapi ada insan di sisi
Katil ketika Imsak pergi
Ada insan insaf di sejadah ini
Benarlah, tidak semua yang diberi rahmat
Ketika Ramadan hadir di sudut rahmat.
Katil 22 W5D HUKM
17 Jun 2015/30 Syaban 1436H