Memang bukan resam kita menjadikan hutan sebagai kampung
Ada masanya kehijauan hutan perlu untuk mata kita
Waktu-waktu tertentu kita seperti benci pada hutan
kerana di dalamnya ada beruk,ular dan babi hutan
Mana tidaknya kalau berumah di pinggir hutan masalah besar bagi kita
Ular sawa, monyet lapar, babi hutan akan bertamu
Belum lagi bila tikus hutan masuk ke rumah kita
nyamuk Malaria pasti ancaman utama
belum lagi kalau hutan wujud paya
nyamuk untot sudah tentu beranak pinak.
Memang bukan resam kita membuat rumah di dalam hutan
tapi bersuka ria waktu masuk hutan
macam kata pepatah Rusa masuk kampung
melihat Tongkat Ali nak buat ubat kuat
belasah Kacip Fatimah, mana tau kot-kot boleh rapat.
Memang bukan resam kita tidak mahu tidur di dalam hutan
kerana gelap sejuk dan tiada tilam empok.
Orang Jabatan Hutan mencari rezeki di dalam hutan
Orang Asli mencari rotan tentu di situ
Tapi kalau mendenak Ayam Hutan sampai tak ingat Bini
Mencari Babi Hutan mujur payah nak pupus.
Menebang pokok Gaharu kalau boleh sampai akar sekali.
Memang menjadi resam kita tak pernah sedih melihat hutan di gondolkan
tapi bila Gempa Bumi lari lintang pukang.
bila banjir basah kuyup menyelamatkan keluarga.
Ketika hujan tidak turun sibuk menyalahkan alam
bila kemarau suhu panas sibuk membeli Air Cond.
Ahhhh taukeh balak merengus
peduli apa pada semua itu
janji aku kaya.
balak aku jual semua orang akan beli papan
kalau hutan dah tak ada pokok akan tumbuh kembali.
Gila, gila! Semua orang akan jadi gila talak kalau hutan telah gondol
Pergi mencari hutan ke sana ke sini
Bukit Broga yang sudah gondol pun sanggup didaki.
Gunung Kinabalu yang dingin boleh digagahi
Memang resam kita tidak akan faham selagi hutan hijau
tidak bertukar menjadi hutan simen!
Raai Osman
>>>Hutan Simpan Kekal Bangi
5-7 April 2011