Halaman

Jumaat, September 26, 2008

Dia Masih Di Situ Lagi

Ketika melintas pinggir jalan itu
Ku lihat seekor Ibu monyet sedang menyusukan anaknya
Begitu syahdu begitu pilu
Kerana terfikir oleh ku
“Oh bahayanya dia jika ada motokar melanggar anak dan ibu monyet itu”.

Sekali lagi tidak lama
Aku melintasi tempat yang sama
Seekor anak monyet tidak tahu kemana-mana
Kerana “mamanya” telah tiada
Anak monyet itu sedang mencari “mama”

Di gigi rumput terlihat seekor ibu monyet tidak bernyawa
Darahnya masih merah belum beku
Matanya terbeliak dilanggar motokar yang lalu
Anak monyet itu pastinya tiada lagi tempat menyusu………

Raai Osman
PPnP UKM.
1 Ogos 2008

Khamis, Jun 19, 2008

Mimpi nelayan

Indah mimpi diulik ombak
Membayang nelayan meredah gelombang
biar isteri diresah bimbang
rezeki sesuap wajib ditunai
kerana itu tuntutan insan
biar badai
biar gelobang
biar maut di pesisir lautan
biar terkorban di dasar lautan

Ini rutin yang tidak kenal bimbang
kerana rezeki harus ditimbang
ikan, sotong dan udang akan menjadi santapan
di gerai mahu pun di istana kayangan.

Raai Osman
7 Jun 2008
Kuala Kemaman, Trengganu.

Foto kenangan di Kuala Kemaman, Trengganu

Sabtu, April 05, 2008

Yatim

Antologi puisi ini merupakan usaha saya untuk mengumpulkan semua puisi-puisi yang pernah diterbitkan oleh media massa tempatan. Saya kerap menggunakan nama sebenar atau nama samaran ARAIMAN, SYAWAL.R

Ketika Aku mengusap
kepala anak itu
terasa amat usapan itu
seperti aku pernah
merasainya dulu
sewaktu jenazah ayah
dikapan pilu
ketika Ibu termanggu pilu
menatap wajah ayah
penuh syahdu
aku menjadi
anak yatim waktu itu.

Raai Osman
Fakulti Sains dan teknologi, UKM
22 Nov. 2005/20 Syawal 1426
(Senada Disember 2005)