Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2005

Puisi: Kembali membina warisan perkasa:

Semua insan terpaku kelu bila menatap berita “kiamat kecil berlaku bila Tsunami melanda” Ketika Jurufoto gagal mencapai kamera Merakam ombak mengila Anak tidak sempat memanggil papa Anak tidak sempat menyelamat bonda Cucu tidak sempat membantu ninda Insan tidak kuasa menyelamat harta. Andai kita mampu menyepi menatap berita Mereka melihat bencana dalam pilu Ayah terkapai-kapai dibawa arus Anak tercampak dari pelukan ibu Bonda terlepas anak sedang menyusu Penulis hilang ayat untuk ditulis Apa ayat harus diketip pada baik-baik bahasa Mencerita bencana, mencerita kisah hiba Menghebah cerita duka Di sini kita mengutip ayat Di sana mereka mengutip mayat Di sini kita melihat kisah menyayat Di sana mereka tidak dapat menyambung hayat Itulah kisah hidup dan hayat Bukan mudah mencerita hikayat Kerana kesan sedih sepanjang hayat. Jika kita mampu menahan hiba Melihat kisah mereka, mereka tidak rela menerima bencana Walaupun kalau tidak punya dosa Tapi terpaksa melihat kesan hiba Sambil membina se