Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2005

Terima kasih Ibu - 2

Terima kasih ibu, kerana mengizinkan aku menjadi menantu Mu, dalam sesingkat waktu, Aku memanggil Ibu. Setelah aku tak punya Ibu ketika menjadi piatu... Kau tetap Ibu walaupun tidak mengandungkan aku dan tidak menyusukan aku Terima kasih Ibu, kerana kau melahirkan untukKu, seorang kekasih, seorang teman karib juga seorang isteri untukKu. Kini menjadi ibu untuk anak-anakKu Terima kasih Ibu, Dalam pilu kau pergi. Walau sekelip cuma kami berbakti Itu ketentuan Ilahi. Kau Ibu MertuaKu, Yang telah mewarnai kehidupan ini. Dengan kerenah kami Kau pergi dalam pilu, anak-anak dan cucu-cucumu.......... A. Raai Osman Jalan Bakariah, Muar, Johor. 26 Disember 2004 **Disiarkan oleh SENADA, UKM; Januari 2005

Ramadhan Tiba Setelah Pergi

Subhanallah walhamdulillah walaila haillah…………..(Selawat Nabi) Sudah datang lagi Ramadhan!!! Ya, Ramadhan datang dengan kesyahduannya….amin. Sejukkah kali ini Ramadhan buat Mu? Atau panas kerana melupas dosa Mu…? Subhanallah walhamdulillah walailahaillah…(selawat)) Kalimah itu hadir lagi Kalimah itu bergema lagi Kalimah itu diucap lagi….. Subhanallah….. Ramadhan rupanya;Kau datang lagi Ku peluk Ramadhan itu malam tadi Umpama Rasullah memelukNya di kamar sepi. Allah huakbar…!Allah Maha Besar!! Menitis air mata ini… Rupanya Ramadhan ini kemari Mahu menyuci dosa yang terus berbaki Ketika mencari Lailatul Qadar Kita gembirakah? Kita hibakah? Kerana hadirMu setelah pergi? Setelah Dia hadir kita gembirakah? Setahun dulu kau diangkat oleh Illahi Sewaktu tibanya Aidil Fitri Kita bagai merasa tidak ketemu lagi….! Di malam akhirMu diri ini menangis hiba Kuatir tidak bersua lagi!! Kami tahu lagi mengerti Seribu bulan padaMu Ada seribu rahmat dariMU Kami akan sambut Kami akan peluk Ketika Ramadhan