Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Dia Masih Di Situ Lagi

Ketika melintas pinggir jalan itu Ku lihat seekor Ibu monyet sedang menyusukan anaknya Begitu syahdu begitu pilu Kerana terfikir oleh ku “Oh bahayanya dia jika ada motokar melanggar anak dan ibu monyet itu”. Sekali lagi tidak lama Aku melintasi tempat yang sama Seekor anak monyet tidak tahu kemana-mana Kerana “mamanya” telah tiada Anak monyet itu sedang mencari “mama” Di gigi rumput terlihat seekor ibu monyet tidak bernyawa Darahnya masih merah belum beku Matanya terbeliak dilanggar motokar yang lalu Anak monyet itu pastinya tiada lagi tempat menyusu……… Raai Osman PPnP UKM. 1 Ogos 2008

Mimpi nelayan

Indah mimpi diulik ombak Membayang nelayan meredah gelombang biar isteri diresah bimbang rezeki sesuap wajib ditunai kerana itu tuntutan insan biar badai biar gelobang biar maut di pesisir lautan biar terkorban di dasar lautan Ini rutin yang tidak kenal bimbang kerana rezeki harus ditimbang ikan, sotong dan udang akan menjadi santapan di gerai mahu pun di istana kayangan. Raai Osman 7 Jun 2008 Kuala Kemaman, Trengganu. Foto kenangan di Kuala Kemaman, Trengganu

Yatim

Antologi puisi ini merupakan usaha saya untuk mengumpulkan semua puisi-puisi yang pernah diterbitkan oleh media massa tempatan. Saya kerap menggunakan nama sebenar atau nama samaran ARAIMAN, SYAWAL.R Ketika Aku mengusap kepala anak itu terasa amat usapan itu seperti aku pernah merasainya dulu sewaktu jenazah ayah dikapan pilu ketika Ibu termanggu pilu menatap wajah ayah penuh syahdu aku menjadi anak yatim waktu itu. Raai Osman Fakulti Sains dan teknologi, UKM 22 Nov. 2005/20 Syawal 1426 (Senada Disember 2005)